tinggalkan link anda.. tq :)

10 Disember 2013

Kenapa Pilih SHAKLEE?


Assalamualaikum wb.t.

Alhamdulillah, kita terus diberi kesempatan oleh Allah untuk terus bernafas hari ini.. sebelum tu, ayuh semua!sama-sama doakan sahabat-sahabat & saudara mara kita yang sedang diuji Allah dengan bencana banjir.. walaupun sedang dalam kepayahan & sedih..ingat! setiap apa yang Allah jadikan pasti ada hikmah disebaliknya,InsyaAllah..
Orait..berbalik kepada tajuk.. Kenapa Pilih Shaklee? 


Alhamdulillah dengan ini diumumkan..cewahhh! mengalahkan hapa lagi.. 

takda la..sebenarnya nak bagitau yang saya sekarang ni juga merupakan SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR yang sah atas ID 1076583..ataupun mudahnya member of Shaklee.. *errr dah berbulan jadi ahli baru sempat nak update kat blog..pemalas ko!


Kenapa saya pilih SHAKLEE?


*First.. sebab saya sendiri dah cuba SHAKLEE!!
Mula tu rasa takut,risau tak yakin semua ada lah.. boleh ke ni? selamat ka? caca merba jugak la dok pikiaq nak cuba ke tak.. sebab pernah cuba produk lain tapi macam tak berhasil sangat plus agak mahal.. tu yang rasa macam serik. tapi ntah camna terbuka hati nak cuba jugak.. beli dari sorang akak kat fb.. 2 produk dengan bajet bawah RM100..murah kan u ollss? harga pon mampu milik gituww.. dan alhamdulillah rasa serasi dengan diri ni.. then selepas beberapa kali dok order dari akak tu, terus terpikir why not kalau diri sendiri jadi member shaklee je kan? lagi mudah..ni semua sebab I dah jatuh cintan utk terus consume shaklee ni..tak rugi u ollsss.. *asal u ollss u olls plak ni..semacam aih! (-_-')
ape2 pon saya nak ucapkan jutaan terima kasih utk mummy sy Kak Nurhanis merangkap my guider sebab banyak bagi tunjuk ajar sepanjang saya join dalam shaklee ni..

*Second...sebab kandungan yang digunapakai Shaklee.. waaa dah macam assignment..siap point2 bagai kan.. :P
Saya ni cerewet sikit bab ni.. bukan apa,kalau kita main tangkap muat ja consume apa2 ja produk boleh memudaratkan badan kan.. tak gitu?? so, sebelum jadi perkara yang tak diingini, lebih baik berjaga-jaga la kan..then kaji punya kaji.. terus tertarik dengan produk2 keluaran Shaklee.. sebab Shaklee ni bukan ubat yang ada drug & membahayakan.. Shaklee is about Supplemen.. kandungan dari tumbuhan dan nutirisi2 yang terbaik yang pasti selamat dan HALAL.*memang confirm Halal & dah ada sijilnya ok.. tambah plak takda side effect yang meragukan..yang ada saya kaji dan baca pun..ramai yang bagi feedback positif tentang macam2 produk shaklee yang ramai dah cuba..confirm ramai dah tau kan apa set yang shaklee tawarkan..

So, sejak saya jadi ahli ni saya makin seronok.. tambah2 bila customer tanya itu ini..saya tak rasa rimas sikit pon! saya rasa teruja.. sebab bila saya bagi info pada customer automatik saya sendiri boleh tahu dan lama kelamaan saya sendiri hafal.. alhamdulillah.. bukan mudah ye nak consult orang..takot2 salah info ke ape ke..tak ke naya.. tu yang kena tahu dan kaji dulu sebelum sampaikan kt orang..baru la datang keyakinan tu..

dan satu lagi benda penting bila jadi saya jadi ahli shaklee ni.. saya bukan jual produk atas sebab NAK KAYA.. no no no! kalau ada rezeki lebih tu, alhamdulillah..nikmat dari Allah.. dan jual BUKAN NAK UNTUNG BERJUTA.. memang betul, ada yang cakap...alaaaa nama pon berniaga,confirm la nak untung.. tapi bagi saya, ITU BUKAN PRINSIP SAYA..kalau saya berniaga untuk kaut untung saja, lebih baik saya berhenti,dan saya jual emas permata, jadi tokey KFC ka, coolblog ka *eh! tetiba kempunan coolblog honeydew..argh!!.. haaaa..camtu! kalau saya betul2 nak untung sangat, confirm saya jual harga mahal2 punya..kaya kaya!!hahahahaha *gelak jahat*.. tapi prinsip saya.. saya bukan nak jual semata-mata,tapi saya TOLONG & KONGSI.. tthats mean saya nak tolong siapa2 ja yang ada masalah kesihatan dan berkongsi kebaikan produk2 SHAKLEE.. dan apa2 sekali pun, kita hanya berusaha, Allah yang menyembuhkan..kena yakin tu!

cukupla kot kali ni dok membebel..mesti hangpa pon tak larat nak baca dah kan..heeeee~
Orait..sesiapa yang berminat nak order ataupun untuk dapatkan maklumat lanjut tentang produk shaklee, boleh terus PM FB: Cik Nasiha ataupun SMS/WhatsApp 0134420115.. ANDA CUBA ANDA TAHU.. harga pasti terbaik.. kita usaha..insyaAllah biiznillah..


Notakaki: Boleh rujuk gambar di atas untuk order.

1 November 2013

Dah bertunang kan??

Assalamualaikum

Rajin pulak nak mengupdate petang2 cenggini..bosan maybe! emm opkos bosan..sbb full time penganggur kan..mana tak nya..yeah! time santai2 ptg ni,teringat semalam..apasal ramai makcik2 ni dok mengusik ak pasai kawen kawen kawen..apakah???aduhai macik2..maaf sgt..setakat waktu dan detik ni,belum ada perancangan lagi nk ke arah tu..mana tak nya..calon pun tak nampak2 lagi..bukan kata tak nampak,bayang pun jap ada jap tak dak..fuh!!! *lap peluh kt dahi*

yang paling tergugat jantung haku bila ada yg cakap..

'hang dah bertunang kan?'

Haa????? *tergulung terus lidah*

'anak makcik la kata hg dh btunang.lama dh katanya..'

Aishhh..tak dak la.mana ada makcik.salah dengaq kot..sy solo lagi setakat ni..takdak sapa nak..*haa!ayat blakang ni ak tambah.xda dlm dialog k.hehe*

Hurmm rupanya selama ni ada yg pandang haku ni sbg tunangan orang.haish!! Ada ka patot??
Aduhai makcik2,.fahamilah diriku..sesungguhnya diri ni masih single mingle taw!!! Kalau makcik2 nak tolong kenen2 kan pun ok gak..sy nak yg pndai bab agama,solat x tinggal,tak merokok,suka budak2, tak mau hensem2 sgt, bukan kaki bola,bukan kaki korea..haha weh!!demand ko nyah!!!! :-P

Kihkihkih saja ja tu..
Sebenarnya ceq paham ja..umur dh makin meningkat ni,orang bg signal la..suruh cepat2 kawen kan..tapi nak wat camna,dah tak dak rezeki lagi..kadang2 kita rancang dah baik,tapi perancangan Allah jauh lebih baik kan?? Tak pa la..kita usaha mana yang perlu..yang penting kena SOD BA RA'..

DOAKAN saya dipermudahkn oleh Allah dlm segala hal termasukla hal jodoh ni..aminnn

*gambar xdak kena mengena ngn sapa pn :-P

Its ok..its ok

Assalamualaikum..

Sempena petang2 yg nyaman angin sepoi2 bahasa..nak buat sesi berpuitis ala melalut sikit..saja sukasuka ja nih..emm ntah la..kadang2 diri sendiri tak faham dgn soal hati jiwa perasaan ni..

Kita terlalu percaya org,org menipu kita, bila kita terlalu syg pulak,ada ja yg mengkhianati kita..Bila dah terima seseorang,ada ja ujian yg datang..

Tak gitu???

Hurmmm..mesti ada yg pernah rasa kan??
Yup! Termasukla diriku ini.sobsob

Cuba cari penyelesaian..duduk senyap2,pikiaq sat.. tarik nafas..lepas balik..fuh!!! Ya,memang susah nk settle kn masalah hati ni..but,why not kita cuba delete sikit2 memori tu kan?? Tambah2 plak benda yg langsung tak bg faedah dan yang asyik bg kita serabut..

So,cara mudahnya ialah..
1.DEKATKAN DIRI KPD ALLAH
2.BANYAKKAN IBADAH,zikrullah baca al-Quran n sbg nya
3.SIBUKKAN DIRI DENGAN KERJA LAIN
4.SELALU PUJUK DIRI DGN KATA2 POSITIF.. mcm ayat ..
       ' ITS OK..ITS OK..benda kecik ja.. Bleh selesai insyaAllah..'

27 Oktober 2013

Nyah kau!

Wahai wanita, ketahuilah, antara tanda lelaki
baik adalah dia tidak pernah sesama sekali
membicarakan SOAL SEKS atau yang boleh
MENAIKKAN SYAHWAT denganmu sama ada
melalui SMS, telefon atau berdepan,
selagimana dia belum BERNIKAH denganmu,
Mana-mana lelaki yang membicarakannya
atau MEMINTANYA SEBELUM NIKAH adalah
LELAKI JAHAT dan TIDAK LAYAK DIJADIKAN
SUAMI atau itulah bakal menjadi SUAMI
yang akan berzina (setelah kahwin) kecuali
apabila mereka telah BERTAUBAT NASUHA.
Apa yang menghalangnya meminta kepada
wanita lain selepas kahwin? Jika sebelum
berkahwin denganmu juga sudah diminta!."

28 Ogos 2013

Andai Lelaki Tahu


Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh
cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk
terus tabah mencintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.
Lihat saja pasangan yang baru bercinta,mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah..
semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak yang terjadi.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya
dengan lebih dekat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu
menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian.terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu
percaya, kamu akan mengkhianati
kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu .

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah, tetapi
cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu
merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu dgn kamu, dia benar-benar maksudkannya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu
sanggup menjadi yang terbaik di matanya.Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi
yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya,kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata kasar, dia bukan bermaksud utk berkasar, tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya. Percayalah, hati
perempuan itu sangat lembut.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar
saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan
sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan
Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri yang dapat menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang
perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk
menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal
menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

*touching eh baca sajak nih..benar sgala yg dikata..
*copypaste dr fb..terbaik!!!

12 Julai 2013

Kisah syiling dan batu

TAZKIRAH - Kisah Duit Syiling dan Batu...!!!!!
Oleh Ustaz Zahazan Mohamed.
TINGG!!!...
Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang
lelaki yg sedang asyik membancuh simen.
Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu
terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu
lama,tangannya segera mengutip syiling itu
dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia
menyambung semula kerjanya.
TINGG!!!...
Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling
tidak jauh dari sisinya. Lelaki itu menoleh ke
kiri, kanan dan di sekelilingnya. Tiada siapa
yg berdekatan dengannya. Sekali lagi dia
terus mengambil syiling itu dan menyimpan
dalam koceknya. Tidak lama kemudian,
lelaki itu ternampak lagi duit syiling
berdekatan dengannya. Pun sama, dia
mengambil dan menyimpannya.“Rezeki
aku!” kata lelaki itu dalam hati.
Lelaki itu tidak sedar, logam syiling itu
sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya
daripada aras lapan bangunan separuh siap
yg mereka bina itu. Sebenarnya, ketuanya
mahu memanggilnya. Ada pesanan yg mahu
disampaikan ketuanya itu.
Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan,
cuba memanggil lelaki itu yg berada pada
aras paling bawah.Namun, jeritan itu tidak
mampu mengalahkan pelbagai bunyian
mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek
kerana itulah, ketuanya itu mencampakkan
syilingnya dengan harapan lelaki itu akan
mendongak melihatnya di atas. Mudah-
mudahan,dapatlah dia menyampaikan
pesananya kepada pekerjanya itu.
Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya
dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum
juga mendongak ke atas.Lantas, ketuanya
itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg
terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu
dibaling ke bawah.
Beberapa kali batu itu mengenai badan
lelaki itu. Setelah merasa sakit dan
terganggu ,lelaki itu mendongak ke
atas,melihat dari mana datangnya batu-
batu kecil yg menyerangnya tadi. Barulah
dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi
cuba mencuri perhatiannya bagi
menyampaikan pesanan.
P/s : Sahabat sekalian, kisah ini sekadar
tamsilan antara kita dengan Yang Maha
Pencipta. Tanpa sedar, Allah sering
menjatuhkan ‘syiling’ lambang rezeki,
rahmat atau kesenangan yg tidak terkira
banyak kepada kita. Tuhan menjatuhkan
‘syiling’ itu sebagai satu panggilan agar kita
sentiasa mendongak ke atas untuk
mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-
Nya.Tetapi, kita acap kali lalai untuk
‘mendongak’ ke atas sebaliknya terus
menikmati pemberian-Nya tanpa
mengucapkan terima kasih.
Seperti kisah ketua dan pekerja tadi, apabila
jatuhan syiling tidak berjaya menarik
perhatian, lalu Dia jatuhkan pula ‘batu’ yg
berupa musibah, kegagalan, keperitan dan
pengalaman yg menyakitkan. Dan hanya
setelah kita merasa kesakitan itu,barulah
kita teringat untuk mendongak,menadah
tangan bersyukur mengingati Yang Maha
Pencipta kita.

2 Julai 2013

Bila aku jadi penganggur

Assalamualaikum..
Alhamdulillah wa syukur lillah..
Kini tamat sudah pngajian slama 4thn..btungkus lumus nk dptkn sgulung ijazah..tp yg pnting,ilmu bkn utk dunia saja,ilmu akhirat kna cari jugak..orait berbalik pd tajuk..hehe..bla dh abeh blaja,confirm2 kna menunggu dlu sblm dpt keja kn.so,skrg sy ni trmasuk dlm kategori penganggur setia..tp x mau jd penganggur setia hujung nyawa ye..ngee..

Bila dh jd penganggur ni,dok umah la jwb nya..dan bla dok umah,keja tetap nya adalah 'memasak'..so,hari2 kna pelbagaikan masakan..gituwww! Agak2 blh dak blog ni jd cm blog sifu kita..mat gebu?haha brangan tinggi kamu ya! Mau tak nya,hari2 kna masak..tak pala,kna asah skill sblum kawen.t senang..cewahh! ok brangan tak abeh2..babye!

19 Mei 2013

Buat semua ibu ayah



Ibu ayah...

jangan banyak ajar anak2 kalian hidup mewah..
makanan mahal2..pakaian hebat2 & semua yg anak2 nak ibu ayah turutkan..
bukan begitu sayangkan anak..
sebab ape?
sebab kita hidup tak sentiasa senang..
akan sampai masa kita susah jua..
masa 'susah' tu kita sendiri belum tahu bila..
ajarlah anak2 dengan hidup bersederhana..
kerana sederhana itu cukup sempurna..
didik anak kenal susahnya hidup di dunia..
sebab akhirat tujuan utama kita...


by:  Blog PTP (Pena Tanpa Tinta)

Gambar hiasan je..
sejuk hati tgok kan?
(^_~)



3 Mei 2013

PRU13: Buat sahabat2 yang masih keliru



Assalamualaikum sahabat2.. moga berada dalam rahmatNYA.. 
Update sikit sempena detik2 PRU13..
Panduan utk sahabat2 saya yg masih keliru nak pilih parti apa....

Jom baca petikan sy amik dr page seorang ustaz..


Jika masih pening-pening nak PILIH sesuatu parti, lihatlah kepada golongan yang banyak ilmu agama, mereka PILIH apa. 

Sebab?
- Kita nak baca dan tafsir kitab pun tak reti walaupun sebuah kitab
- Kita sendiri tak mampu hafal hadis sebagaimana ustaz-ustaz 
- Pak imam suruh azan solat pun masih tolak-menolak dengan kawan.
- Nak suruh sebut rukun Iman secara spontan di depan mikrofon pun masih tertukar-tukar dengan rukan Negara. (=,=)' Belum lagi tanya rukun solat.

Beberapa tokoh terkenal yang tidak dapat membendung sokongan mereka pada parti Islam.

1- Ustaz Dr Zahazan Mohamed
Sumber: https://www.facebook.com/zahazanmohamed?fref=ts

2- Ustaz Hasrizal Abdul Jamil
Sumber: https://www.facebook.com/ustazhasrizal?fref=ts

3- Ustaz Haslin Bollywood
Sumber: https://www.facebook.com/pages/Ustaz-Haslin-Baharim-aka-Ustaz-Bollywood/114411278716537

4- Dr Maza
Sumber: https://www.facebook.com/DrMAZA

5- Ustaz Syed Abdul Kadir Al-Joofre
Sumber: https://www.facebook.com/syedabdulkadir/posts/644500625567347

6- Imam Muda Fakhrul
Sumber: https://www.facebook.com/imfakhrul

7- Imam Muda Fattah
Sumber: https://www.facebook.com/imammuda.fattah

8- Ustaz Nazmi Karim
Sumber: https://www.facebook.com/Ustaz.Nazmi.Karim.Original?ref=ts&fref=ts


notakaki: Jangan lupa bawak balik IC ye.. :)

1 Mei 2013

Mimpi Apa nih??

 Assalamualaikum.. 
Dalam sibuk2 kejar masa nak hantar thesis nih..nak curik masa sekejap..lama dah tak bersih2 kan blog kan..hurmm.. nak cerita tentang M I M P I ..

korang semua mesti penah mimpi kan?
ke korang larik2 sebab kena patuk ular?hahaha..jaga2 la ye... kena cari wedding planner dah..kui3 :P

tapi yang banyak kita dengar pasal kena patuk ular ni, mesti ada kaitan dengan kahwin kan..tapi sebenarnya ustaz bgtau yang kena patuk ular ini ada kaitan dengan jin..jangan seronok bila mimpi kena kejar ular ke kena patuk ular ke.. mesti lepas bangun tidur..semangat bekobar cerita kt mak..contoh cmni..

Anak gadis: Mama!! mlm tadi girl mimpi kena patuk ular la...
Mama: Haaa yeke? ada org nak masuk minang ko la tu..
Anak gadis: tersenyum simpul (^_~) *dalam hati tertunggu tunggu sapa nak minang* hehehe..


Ok..ni contoh aje yer..tak dak kaitan dengan sapa2 pun.. :)

Tapi itulah realiti nya kan dalam masyarakat kita sekarang..actually kena la beringat ingat bila mimpi buruk tu..saya ada belajar, kalau kita mimpi buruk, bangun tu terus istighfar dan ludah sebelah kiri kita..*tapi pastikan sebelah tu tak de orang la ye..kang tak pasal2 seperti meludah ke langit jatuh ke muka orang sebelah..hehehe..

saya bukan nya pentafsir mimpi..bukan nya ahli nujum nak cakap pasal mimpi..tapi entry ni saja suka2 je nak ceghita mimpi yang saya hadapi sendiri..*ehhh memang la alami sendiri kan..dah sendiri punya tido..huuuh..

Macam ni ceghita nya......

Saya termimpi..ter ye..bukan betul2.. saya kena bertunang dengan lelaki yang saya tak kenal langsung..masa tu saya tengah rilek2 je dok berehat..tiba2 mak datang..

"pi pakai baju ni..siap2 la..petang ni ada orang nak masuk minang hg.." sambil mak hulur jubah warna coklat..haa..jubah ni memang betul jubah saya sendiri..mmg ada dlm realiti..huhu

"HAAA?? mak ni..jangan la buat lawak mak.. akak tak tau apa2 nih..tiba2 ja"

"memang hg tak kenai laki tu..tapi hg memang kenai mak dia..M.Cik Jamilah tu..."
*tak tau pulak sapa makcik jamilah ni..tiba2 muncul dalam watak..kui3*

"Mak..akak tak nak..akak tak kenai sapa laki tu..akak tak nak..
**terus menangis...

"Hg jangan risau..laki tu baik..kerja pon bagus.. TLDM lagi.."

"Akak tak kisah la keja pa pun..akak tak nak mak..jangan bagi depa datang mak.."
**terus menangis tersedu sedan..sikit pun mak tak heran anak beliau ini..huhu

pastu terus la keluar bilik..tengok2 jiran2 pon datang nak siap2 kan apa yang patut..nak sambut rombongan minang..ada pulak yang tunjuk2 kat saya..gaya macam orang tanya.."mana anak dia yang nk brtunang tu?"..ada jugak yang kata "kesian dia..terpaksa terima ka?nangis2 mata bengkak tu.." 

Fuhhh masa tu rasa mcm nak ja 'fire' macik2 tu.. sempat lagi ada watak makcik2 dlm mimpi ni..kui3

Dengan terpaksa nya, bersiap la jugak..
rombungan datang.... ternampak la muka si jejaka yang langsung tak dikenali tu..tersenyum senyum ja dia..pakai baju melayu putih ala2 orang nak nikah.. *aku pun tak paham kenapa..padahal bertunang je pon*

sikit pon tak balas senyum dia..benci! lepas tu..terus lari dari rumah.. 

dan...terus terjaga dari tidur...mimpi berakhir sampai sini sahaja..hehehe....

ye..sampai sini ja mimpi tu..bagus juga sebab mimpi ni dikategorikan sebagai mimpi ngeri bagiku..huhu
Yelaaa..mana tak nye!kena paksa bertunang! kena terima lelaki yang langsung tak kenal! entah cmna dia kan..tiba2 nak betunang..

uwaaaaaa!!! kalau jadi betul2 memang meraung ar! 
kalau korang..nak ke??
eiii..bagi saya..tak nak la.. at least kenal sikit pon xpa..ni langsung TAK KENAL..

Tapi kenapa rasa mcm drama tv je mimpi ni..macam filem Ibu Mertuaku..tapi yg ni Ibuku..hehe..tapi tak kan la mak saya nak buat mcm ni kan kat anak beliau? doa2 kan la tak jadi cmni..mintak jauh le..

*Jangan kata eden tido tak basuh kaki pulak..hehe emmm tapi kenapa mimpi bertunang ye..tak mimpi lain?apakah tanda2 nya?hahaha..opsss merepek sudaa..

I hope it's just a..
....
.......

notakaki: tapi ceghita ni memang betul ok..betul2 mimpi! :P

19 Mac 2013

K E N A N G A N T E R I N D A H


Assalamualaikum sahabat2...


Bila kira2 balik, hampir 8 bulan meninggalkan dunia blog.. rindu jugak nak aktif berblogging mcm dulu..tapi apakan daya,banyak urusan yang perlu diselesaikan..start bulan 6 tahun lepas, saya buat latihan mengajar di SMKPBG,Parit Buntar,Perak. Alhamdulillah, dapat buat praktikal kat sekolah lama saya *aishh..awat ayat jd skema ja nih*.. 

Saja nak kongsi detik-detik manis bergelar guru di sekolah sendiri.. eehh dah basi la cerita mu nih...tapi biar la..nak share jugak! :P 

Masa praktikal tu saya kena mengajar Tingkatan 2 & 4.. Tingkatan 2 ngajar subjek Pendidikan Islam & Bahasa Arab.. Tingkatan 4 pulak, subjek Pendidikan Islam & Pendidikan Syariah Islamiah. Emm boleh tahan la budak2 sekarang.. tak boleh nak marah, kalau marah dilawan balik..kalau ditegur, buat macam tak dak muka ja..aihhh..nak terkeluar jugak ar silat kekadang tu..tapi apakan daya..tu la cabaran namanya..tak gitu cikgu2 sekalian? cewahhh macam seru cikgu 1 dunia.. 

Disebabkan malas nak taip panjang berjela tuh.. eden tempek gambor je la ye.. 

bersama pelaja2 muslimat.. 4AGAMA.. rindu kalian..

5 superhero membentang.. *5 ja laki dlm kls ni,.pupus maybe..huhu*

OK.. time ni cikgu2 pulak kena buli..kena buat gaya rabbit..sobsob :(

Masih malu2 nak membentang..hehe

Ni tingkatan 2RKA2 ..
Hanya mampu terkedu melihat ketinggian diri sendiri..sobsob~

Mana ustazahnya? (T_T)
Kelas paling lawak & nakai..hehe

macam2 gaya la depa nih..

hehehe.. likeeee

pelajar: kami buat mcm drama "Mimpi Cinderella" ni ustazah..
saya:  (-__-')

ni antara pelajar yg rajin masuk kelas..
yg lain..memonteng ja kja.. hurmm

Alhamdulillah..dapat pengalaman yang banyak sepanjang berada di sekolah ni..tempat yang melakar 1001 kenangan.. di sekolah ini saya bergelar pelajar dan juga guru.. belajar dari tahun 2002 sampai 2006 ditambah pula dengan kenangan2 di asrama Panglima. memang sangat2 terindah..dan kenangan ketika bergelar guru di sini..walaupun hanya 4 bulan mengajar di sni, kenangan pahit manis suka duka semua ada..memang ku akui *ehh macam tajuk lagu Hafiz pulak*, pengalaman sebagai seorang & pelajar memang sangat berbeza walaupun di tempat yang sama.. cewahh macam sajak pulak dah..heee

Ok dah2..kang melalut ja lebih..hehe..setakat ni dulu la corat coret kenangan terindah dengan pelajar2 kesayangan saya ni..ekceli banyak lagi gambar yang nak share.maybe akan disambung dalam post berikutnya.. malas nak bergantung harap dekat line tenet yg mcm kura2 patah kaki nih...

** to be continue.. in syaa ALLAH..

YA ALLAH..KEKALKANLAH KASIH SAYANG ANTARA KAMI.. BERIKAN ANAK-ANAK DIDIKKU KEJAYAAN DI DUNIA & AKHIRAT...




kena tengok..