TAZKIRAH - Kisah Duit Syiling dan Batu...!!!!!
Oleh Ustaz Zahazan Mohamed.
TINGG!!!...
Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang
lelaki yg sedang asyik membancuh simen.
Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu
terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu
lama,tangannya segera mengutip syiling itu
dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia
menyambung semula kerjanya.
TINGG!!!...
Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling
tidak jauh dari sisinya. Lelaki itu menoleh ke
kiri, kanan dan di sekelilingnya. Tiada siapa
yg berdekatan dengannya. Sekali lagi dia
terus mengambil syiling itu dan menyimpan
dalam koceknya. Tidak lama kemudian,
lelaki itu ternampak lagi duit syiling
berdekatan dengannya. Pun sama, dia
mengambil dan menyimpannya.“Rezeki
aku!” kata lelaki itu dalam hati.
Lelaki itu tidak sedar, logam syiling itu
sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya
daripada aras lapan bangunan separuh siap
yg mereka bina itu. Sebenarnya, ketuanya
mahu memanggilnya. Ada pesanan yg mahu
disampaikan ketuanya itu.
Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan,
cuba memanggil lelaki itu yg berada pada
aras paling bawah.Namun, jeritan itu tidak
mampu mengalahkan pelbagai bunyian
mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek
kerana itulah, ketuanya itu mencampakkan
syilingnya dengan harapan lelaki itu akan
mendongak melihatnya di atas. Mudah-
mudahan,dapatlah dia menyampaikan
pesananya kepada pekerjanya itu.
Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya
dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum
juga mendongak ke atas.Lantas, ketuanya
itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg
terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu
dibaling ke bawah.
Beberapa kali batu itu mengenai badan
lelaki itu. Setelah merasa sakit dan
terganggu ,lelaki itu mendongak ke
atas,melihat dari mana datangnya batu-
batu kecil yg menyerangnya tadi. Barulah
dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi
cuba mencuri perhatiannya bagi
menyampaikan pesanan.
P/s : Sahabat sekalian, kisah ini sekadar
tamsilan antara kita dengan Yang Maha
Pencipta. Tanpa sedar, Allah sering
menjatuhkan ‘syiling’ lambang rezeki,
rahmat atau kesenangan yg tidak terkira
banyak kepada kita. Tuhan menjatuhkan
‘syiling’ itu sebagai satu panggilan agar kita
sentiasa mendongak ke atas untuk
mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-
Nya.Tetapi, kita acap kali lalai untuk
‘mendongak’ ke atas sebaliknya terus
menikmati pemberian-Nya tanpa
mengucapkan terima kasih.
Seperti kisah ketua dan pekerja tadi, apabila
jatuhan syiling tidak berjaya menarik
perhatian, lalu Dia jatuhkan pula ‘batu’ yg
berupa musibah, kegagalan, keperitan dan
pengalaman yg menyakitkan. Dan hanya
setelah kita merasa kesakitan itu,barulah
kita teringat untuk mendongak,menadah
tangan bersyukur mengingati Yang Maha
Pencipta kita.
tinggalkan link anda.. tq :)
12 Julai 2013
Kisah syiling dan batu
Langgan:
Catatan (Atom)