tinggalkan link anda.. tq :)

28 Januari 2012

Masih di hatiku...

Assalamualaikum...


wawaaaa.. masih di hatiku??tajuk cam apa ja kan.. hehehe..apa sebenarnya yg masih kt hatiku ni? hanya Allah ja yang tahu..opkos la kan..tapi apa yg ada kat hati ni..nak kongsi la sikit..tak banyak mana..hati dan fikiran yang masih merindui pada satu tempat yang bernama Kolej Universiti Insaniah,Alor Setar (KUIN)..






Bila ayat ni diluahkan..mesti ada sahabat2 yang bertanya.."Hai,rindu kt KUIN ka..rindu 'orang' yg kt KUIN?"..bila ada sahabat yang tanya cm tu, tersenyum je dengar..memang la rindu shabat2 yang kt sana..tapi klau 'orang' kt KUIN tu..tak da la..tak da 'orang istimewa' pon kat sana okeh..hehehe..

Kenapa aku rindu KUIN? kenapa KUIN masih ada di hati ni?


Walaupun sejujurnya diakui yang diri ni hanya diberi kesempatan oleh Allah berada di situ lebih kurang seminggu dan sudah pasti masa tersebut adalah masa yang terlalu singkat untuk diri ini mengutip mutiara-mutiara indah di sana..tapi seminggu tu la sebenarnya yang membuatkan hati ni sentiasa merindui suasananya.. suasana solehah..suasana yg sejuk mata memandang..suasana yg cukup membuatkan hati tenang..


Bdw, coretan ini hanya pandangan ikhlas dariku..maybe ada yang setuju..dan maybe juga ada yang tak setuju kan..tu terpulang.. tapi ini lah kebenarannya.. bila diberi kesempatan untuk berada di sana.. macam ada suatu perasaan yang tak dapat nak gambar dengan kata-kata..suasana yang hebat.. suasana yang mendorong diri ini membentuk diri menjadi 'muslimah'..


Sebab apa semua ni??


Pertama: Di sana, semua pelajar muslimat, perlu pakai jubah,stokin dan tudung labuh yang berjahit di hadapan macam gambar bawah ni..walaupon amik kos nursing ka..accounting ka..tetap kena pakai tudung labuh cmni..nampak tak bila perkara ni jadi arahan, walaupun pada mulanya ada yang mungkin tak boleh trima pemakaian tudung selabuh itu, tapi percaya la..lama kelamaan..mesti gaya sebegini menjadikan diri muslimat tu lebih selamat,selesa & sopan..dan sudah pastinya menepati syarak.. Jadi, bila keadaan semua muslimat begini, pandangan kita hanya pada yang ber'tutup' sahaja..tiada pemakaian yang terdedah dan tidak elok dilihat..sudah pasti menyejukkan mata dan hati kita..tak kurang bagi pelajar muslimin ..mereka juga dapat hindarkan dosa mata melihat gadis2 berpakaian seksi & terdedah di dalam kuliah dan sekitar kampus.. itu lah suasana solehah..sangat memberi semangat utk insan kerdil ini..



Kedua: Suasana yang punya UKHWAH yang sangat berbeza dan hebat..ni berdasarkan pengalaman diri sendiri..Terkenang kembali..Bila kitorang mendapat arahan berpindah ke asrama baru, tolong menolong mengangkat barang, mencuci rumah dan sebagainya sedangkan masa tu, baru saja berkenalan. Pada malamnya, kami bersama-sama membaca surah Al-Mulk sebagai pendinding diri dan tempat tinggal..ukhwah kian kukuh..pada petangnya,beli makanan bersama, bertegur sapa dengan muslimat2 lain..tak kurang juga sempat bertaaruf dalam perjalanan dengan muslimat dari negara luar seperti Indonesia, Somalia dsb..Sahabat2 ini juga sering menyelitkan tarbiah dalam ucapan mereka..sering mengingatkan daku tentang kewajipan sbg hamba Allah.. kenangan yang sangat indah..Islam sendiri sangat menggalakkan kasih sayang dalam kalangan umatnya..paling tidak dapat dilupakan ketika diri ini sah mendapat tawaran ke UPSI pada petang Ahad dan perlu mendaftar pada keesokannya, hari Isnin..memandangkan ketika itu saya masih di KUIN, keadaan menjadi kelam kabut kerana perlu selesaikan banyak perkara..nak packing barang2, nak angkut semua nya ke tingkat bwah menunggu saudara datang menjemput, nak uruskan urusan di pejabatnya..memang mencabar! tapi semua urusan menjadi mudah dengan izin Allah dan pertolongan sahabat2 yang baru beberapa hari ku kenal..mereka membantu diri ini dalam pelbagai urusan..mengemas barang2, menemani ke kedai print (utk print surat tawaran UPSI), mengangkat barang2 dan lain2.. sebenarnya, aku tidak sempat ke pejabat utk urusan keluar dari KUIN memandangkan hari dah petang & pejabat dah tutup..hatiku semakin gelisah..dan ketika saat kesusahan tu, ada sahabat yang menenangkan aku dan sudi membantu utk menguruskan semuanya..katanya.. "tak pe..jangan la risau pasal semua urusan pejabat tu..nanti kami akan uruskan..tinggalkan ja salinan yang diperlukan..nanti kitorang buat..jangan risau ye.."  Ya Allah, syukur Ya Allah..terima kasih kerana mengurniakan aku sahabat-sahabat yang sangat baik dan memahami..moga Allah membalas jasa baik mereka semua..indahnya Ukhwah..indahnya bersahabat kerana Allah..

Hampir senja, aku bergerak meninggalkan bumi KUIN nan indah & solehah.. menitis air mata meninggalkan sahabat2 di sana..Walaupun baru seminggu perkenalan, umpama sudah beribu tahun mengenali mereka..cukup indah dan mereka jualah penyuntik semangat perjuanganku utk mencintai ISLAM..

itulah antara sebab mengapa KUIN masih di hatiku..
insyaAllah..jika diberi kesempatan..akan ada sambungan utk coretan ini...


Jika Aku Diizinkan

Assalamualaikum...mood nk berpuisi kembali..
jom hayati... (^_^)


Ya Rabb..
jika aku diizinkan olehMu..
ingin benar aku merasai detik itu..
saat ijab dan qabul bergema syahdu..
tanda dua hati suci telah bersatu..

Ya Rabb..
jika aku diizinkan olehmu..
aku ingin sekali melakar bintang indah bersamanya..
bersama seorang suami yang bisa menjadi pemimpin ke jalanMu..
agar dia tidak lelah melayani dan menyayangi diriku seadilnya..

Ya Rabb..
jika aku diizinkan olehMu..
sudah pasti aku ingin menjadi hamba yang sering mengingatiMu..
penyejuk mata kedua ibu bapaku..
zaujah solehah buat suamiku..
ummi hasanah buat anak-anakku..
insyaAllah..
jika semuanya dengan izinMu..

nukilan:: Siti Nasiha Abdul Razak :)

gambar hiasan

kena tengok..