tinggalkan link anda.. tq :)

1 November 2013

Its ok..its ok

Assalamualaikum..

Sempena petang2 yg nyaman angin sepoi2 bahasa..nak buat sesi berpuitis ala melalut sikit..saja sukasuka ja nih..emm ntah la..kadang2 diri sendiri tak faham dgn soal hati jiwa perasaan ni..

Kita terlalu percaya org,org menipu kita, bila kita terlalu syg pulak,ada ja yg mengkhianati kita..Bila dah terima seseorang,ada ja ujian yg datang..

Tak gitu???

Hurmmm..mesti ada yg pernah rasa kan??
Yup! Termasukla diriku ini.sobsob

Cuba cari penyelesaian..duduk senyap2,pikiaq sat.. tarik nafas..lepas balik..fuh!!! Ya,memang susah nk settle kn masalah hati ni..but,why not kita cuba delete sikit2 memori tu kan?? Tambah2 plak benda yg langsung tak bg faedah dan yang asyik bg kita serabut..

So,cara mudahnya ialah..
1.DEKATKAN DIRI KPD ALLAH
2.BANYAKKAN IBADAH,zikrullah baca al-Quran n sbg nya
3.SIBUKKAN DIRI DENGAN KERJA LAIN
4.SELALU PUJUK DIRI DGN KATA2 POSITIF.. mcm ayat ..
       ' ITS OK..ITS OK..benda kecik ja.. Bleh selesai insyaAllah..'

27 Oktober 2013

Nyah kau!

Wahai wanita, ketahuilah, antara tanda lelaki
baik adalah dia tidak pernah sesama sekali
membicarakan SOAL SEKS atau yang boleh
MENAIKKAN SYAHWAT denganmu sama ada
melalui SMS, telefon atau berdepan,
selagimana dia belum BERNIKAH denganmu,
Mana-mana lelaki yang membicarakannya
atau MEMINTANYA SEBELUM NIKAH adalah
LELAKI JAHAT dan TIDAK LAYAK DIJADIKAN
SUAMI atau itulah bakal menjadi SUAMI
yang akan berzina (setelah kahwin) kecuali
apabila mereka telah BERTAUBAT NASUHA.
Apa yang menghalangnya meminta kepada
wanita lain selepas kahwin? Jika sebelum
berkahwin denganmu juga sudah diminta!."

28 Ogos 2013

Andai Lelaki Tahu


Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh
cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk
terus tabah mencintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.
Lihat saja pasangan yang baru bercinta,mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah..
semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak yang terjadi.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya
dengan lebih dekat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu
menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian.terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu
percaya, kamu akan mengkhianati
kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu .

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah, tetapi
cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu
merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu dgn kamu, dia benar-benar maksudkannya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu
sanggup menjadi yang terbaik di matanya.Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi
yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya,kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata kasar, dia bukan bermaksud utk berkasar, tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya. Percayalah, hati
perempuan itu sangat lembut.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar
saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan
sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan
Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri yang dapat menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang
perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk
menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal
menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

*touching eh baca sajak nih..benar sgala yg dikata..
*copypaste dr fb..terbaik!!!

12 Julai 2013

Kisah syiling dan batu

TAZKIRAH - Kisah Duit Syiling dan Batu...!!!!!
Oleh Ustaz Zahazan Mohamed.
TINGG!!!...
Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang
lelaki yg sedang asyik membancuh simen.
Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu
terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu
lama,tangannya segera mengutip syiling itu
dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia
menyambung semula kerjanya.
TINGG!!!...
Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling
tidak jauh dari sisinya. Lelaki itu menoleh ke
kiri, kanan dan di sekelilingnya. Tiada siapa
yg berdekatan dengannya. Sekali lagi dia
terus mengambil syiling itu dan menyimpan
dalam koceknya. Tidak lama kemudian,
lelaki itu ternampak lagi duit syiling
berdekatan dengannya. Pun sama, dia
mengambil dan menyimpannya.“Rezeki
aku!” kata lelaki itu dalam hati.
Lelaki itu tidak sedar, logam syiling itu
sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya
daripada aras lapan bangunan separuh siap
yg mereka bina itu. Sebenarnya, ketuanya
mahu memanggilnya. Ada pesanan yg mahu
disampaikan ketuanya itu.
Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan,
cuba memanggil lelaki itu yg berada pada
aras paling bawah.Namun, jeritan itu tidak
mampu mengalahkan pelbagai bunyian
mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek
kerana itulah, ketuanya itu mencampakkan
syilingnya dengan harapan lelaki itu akan
mendongak melihatnya di atas. Mudah-
mudahan,dapatlah dia menyampaikan
pesananya kepada pekerjanya itu.
Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya
dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum
juga mendongak ke atas.Lantas, ketuanya
itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg
terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu
dibaling ke bawah.
Beberapa kali batu itu mengenai badan
lelaki itu. Setelah merasa sakit dan
terganggu ,lelaki itu mendongak ke
atas,melihat dari mana datangnya batu-
batu kecil yg menyerangnya tadi. Barulah
dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi
cuba mencuri perhatiannya bagi
menyampaikan pesanan.
P/s : Sahabat sekalian, kisah ini sekadar
tamsilan antara kita dengan Yang Maha
Pencipta. Tanpa sedar, Allah sering
menjatuhkan ‘syiling’ lambang rezeki,
rahmat atau kesenangan yg tidak terkira
banyak kepada kita. Tuhan menjatuhkan
‘syiling’ itu sebagai satu panggilan agar kita
sentiasa mendongak ke atas untuk
mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-
Nya.Tetapi, kita acap kali lalai untuk
‘mendongak’ ke atas sebaliknya terus
menikmati pemberian-Nya tanpa
mengucapkan terima kasih.
Seperti kisah ketua dan pekerja tadi, apabila
jatuhan syiling tidak berjaya menarik
perhatian, lalu Dia jatuhkan pula ‘batu’ yg
berupa musibah, kegagalan, keperitan dan
pengalaman yg menyakitkan. Dan hanya
setelah kita merasa kesakitan itu,barulah
kita teringat untuk mendongak,menadah
tangan bersyukur mengingati Yang Maha
Pencipta kita.

kena tengok..