tinggalkan link anda.. tq :)

16 Februari 2012

❤ JAWAPAN UNTUK SOALAN CEPU CEMAS ❤



» » BILA NAK KAWIN? « «
••► Hanya Allah S.w.t tahu masa yang terbaik untuk saya kawin .

... » » DAH BERPUNYA? « «
••► Ya , Kerana setiap orang telah ditetapkan jodoh masing-masing .

» » DENGAN SIAPA? « «
••► Nanti Allah S.w.t akan perkenalkan kepada saya .

» » BILA? « «
••► Bila kami dah dipertemukan .
InsyaAllah jemput la datang ke walimatul urus saya nanti .


→ Janganlah selalu bertanya bila orang tu nak kawen kerana semua rahsia itu terletak di TANGAN ALLAH SWT . Sampai masa Allah S.w.t akan membongkarkannya . InsyaAllah =)

13 Februari 2012

Segmen I Follow U by NanieyBarnieyLurviey

Salam semua..hai hai hai..telebih rajin lagi nak join segmen..
kali nih segmen by Cik NBL .. jom join ramai2..


klik banner utk terjah :)

notakaki:: seronok rasa join segmen2 ni..dpt kenal blogger2 len.. dapat info2 baru..mmg best la..
thanksss a lot untuk NBL sbb buat segmen nih..

jom join kengkawan..tarikh tutupnye..ujung bulan ni..

Aku dan Cencalok

Assalamualaikum semua!!wawaaa..ceria nampak..
hemm hemm..lama dah tak bebel pasai makanan nih..

Aku dan Cencalok...
okeh! orang lain cita pasai bf la gf la kt blog..tapi sy nak cta pasal cencalok..sapa suka makan cencalok kat sini..jangan angkat tangan! haha..*sebab confirm2 tak nampak tangan korang kan..* perghh perghh..nikmatnya dpt mkn cencalok nih..kan kan?

ni ha cencalok made by me.. ni da kra malas sangat..
malas dh nak potong bawang sgala..tak nyempat2!dah lapaq!hehe~ 


kalau yang rajin...hasilnya macam gmbar bawah..nampak mabeless btoi!

yummmy!! mabeless~


sedap weh! ulam2 smua ni cicah ngn cencalok.. ada umphhh habaq mai~
copy pic from: catzscafe


cencalok ni betambah tambah sedap dimakan bersama ngn IKAN BAKAR !!
saja ja nak tayang gambar ni..bg smua lapaq~haha
*tup tap tup tap air liur jatuh*


fuhhhhh!! ada plak daging bakar..pastu cicah ngn cencalok...grrrrr!! nikmatnyaaa..
klas kau jah!! sedap nyooo den ghasoo~


Budu pun hentam gak..tapi nak dibanding budu ngn cencalok ni..rasanya cintaku lebih banyak pada si 'C' (C for Cencalok) berbanding cintaku pada si 'B' (B for Budu).hehehe~ 

notakaki::kalau makan budu, cepat ja muka gatal2 ala ala miang buluh perindu..sebab tu cintaku beralih arah pada cencalok..bukan sebab ada jatuh cinta sama jejaka Melaka(negeri hat femes ngn cencalok)..  :P

9 Februari 2012

AKU NAK SANGAT TUTUP AURAT DGN SEMPURNA...TAPI.....

Assalamualaikum.. ok..ari ni nak share satu cerita yg sangat memberi teladan terutama untuk kaum HAWA.. dapat dari fb.. menda baik kan.. elok kita kongsi2 kan.. ~sharing is caring~ (^_^)


Kawan A : Pernah tak kau terfikir satu perkara?

Kawan B : Mende??

Kawan A : Hmm.. aku ni dah la tak sempurna tutup aurat.. 

Kawan B : Ko jangan cakap camtu. Aku pun..

Kawan A : Aku kadang-kadang pakai baju tangan pendek. Tudung pakai camtu-camtu je. Tak pakai anak tudung.. Tak pakai stokin. Ak risau la..

Kawan B : Kiranya kau nak cakap yang kau dah tak selesa la erk bila pakai camtu??

Kawan A : Hmm.. Aku tingin nak berubah sebenarnya.. Tapi.. aku risau orang tak leh nak tima perubahan aku nanti. Ko tau kan geng kita tu camne.. Fashionable.. 

Kawan B : Bagi aku, kalo ko betol-betol nak berubah go ahead. Aku faham apa yang kau cakap tu. Memang dah tanggungjawab kita kan tutp aurat. Tapi, kau dulu la berubah. Aku tak dapat hidayah lagi. Tak sampai seru orang cakap.

Kawan A : Aku bukan nak bagi ceramah dekat ko.. Tapi, aku pernah tepikir camni tau. Konon-kononkan kita pegi jalan-jalan kat mall mane-mane la kan, dalam keadaan kita tak tutup aurat. Nak dijadikan cita, sampai sudah ajal kita time tu. Kita maybe accident or mati dengan tiba-tiba. Aku takut aku tak sempat nak mengucap and mati dalam keadaan macam ni, dalam keadaan tak tutup aurat. Sebab aritu aku ada baca kat fb, ustaz mane tah cakap, "perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat , rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian ."
(Riwayat Muslim)

Kawan B : Amboi ko, sekali ngan hadis kau kasik erk.

Kawan A : Aku cuma nak bagi evidence je. Kau jangan salah faham pulak. Hmm.. Kalo nak tunggu hidayah, memamg takkan datang free-free. Kita kena carik hidayah tu. Aku rasa kita kena berubah sekarang.

Kawan B : Diam..

Kawan A : Aku takut hidayah atau pun apa yang aku dan kau rasa sekarang ni, cuma datang sekali saja. Rugilah kita kalo tak sambut seruan Allah ni. ="(

Kawan B : Aku pun rasa camtu gak. Tapi, aku tak tau nak start camne.

Kawan A : Apa kata kita start dengan stop pakai baju tangan pendek, seluar ketat.. Then, kita cuba pakai tudung yang tak jarang and menutup dada. Pastu kita biasakan diri dengan pakai stokin pulak. Amacam??

Kawan B : Okey jugak cadangan kau tu.. Aku setuju. InsyaAllah. Mudah-mudahan kita mampu berubah menjadi yang lebih elok. Amin.

Kawan A : (Tersenyum) InsyaAllah. Kalo kita tolong agama Allah, Allah akan tolong kita.. Amin. Permudahkanlah kami Ya Allah.. Jangan sampai kami tak berubah kerana mencari redha manusia.


P/s : Kepada yang ada terdetik di hati untuk lebih menjaga diri dan menutup aurat selengkapnya, lakukanlah perubahan tersebut. Ingat. bukan redha manusia yang kita cari. Bukan manusia tu yang akan bagi kita masuk syurga atau neraka. 

Tabahkan hati. Mohon lah pada Ilahi. InsyaAllah, Allah Maha Mengetahui. Sapa yang betol-betol berkeinginan, InsyaAllah Allah akan tolong. Percayalah.. moga Allah redha. 

"perempuan yang memelihara auratnya memang awesomeee !" 

sy tegur anda kerna saya sayang anda dan saya mahu kita semua masuk ke syurgaNya yang mengalir di bawahnya sungai - sungai yang mendamaikan jiwa. ^^



-copy from fb-


NOTAKAKI: JANGAN TAKOT DENGAN KUTUKAN ATAU PERLIAN ORANG KALAU NAK BERUBAH.. ALLAH MAHA MENERIMA TAUBAT..

kena tengok..