tinggalkan link anda.. tq :)

13 Februari 2012

Segmen I Follow U by NanieyBarnieyLurviey

Salam semua..hai hai hai..telebih rajin lagi nak join segmen..
kali nih segmen by Cik NBL .. jom join ramai2..


klik banner utk terjah :)

notakaki:: seronok rasa join segmen2 ni..dpt kenal blogger2 len.. dapat info2 baru..mmg best la..
thanksss a lot untuk NBL sbb buat segmen nih..

jom join kengkawan..tarikh tutupnye..ujung bulan ni..

Aku dan Cencalok

Assalamualaikum semua!!wawaaa..ceria nampak..
hemm hemm..lama dah tak bebel pasai makanan nih..

Aku dan Cencalok...
okeh! orang lain cita pasai bf la gf la kt blog..tapi sy nak cta pasal cencalok..sapa suka makan cencalok kat sini..jangan angkat tangan! haha..*sebab confirm2 tak nampak tangan korang kan..* perghh perghh..nikmatnya dpt mkn cencalok nih..kan kan?

ni ha cencalok made by me.. ni da kra malas sangat..
malas dh nak potong bawang sgala..tak nyempat2!dah lapaq!hehe~ 


kalau yang rajin...hasilnya macam gmbar bawah..nampak mabeless btoi!

yummmy!! mabeless~


sedap weh! ulam2 smua ni cicah ngn cencalok.. ada umphhh habaq mai~
copy pic from: catzscafe


cencalok ni betambah tambah sedap dimakan bersama ngn IKAN BAKAR !!
saja ja nak tayang gambar ni..bg smua lapaq~haha
*tup tap tup tap air liur jatuh*


fuhhhhh!! ada plak daging bakar..pastu cicah ngn cencalok...grrrrr!! nikmatnyaaa..
klas kau jah!! sedap nyooo den ghasoo~


Budu pun hentam gak..tapi nak dibanding budu ngn cencalok ni..rasanya cintaku lebih banyak pada si 'C' (C for Cencalok) berbanding cintaku pada si 'B' (B for Budu).hehehe~ 

notakaki::kalau makan budu, cepat ja muka gatal2 ala ala miang buluh perindu..sebab tu cintaku beralih arah pada cencalok..bukan sebab ada jatuh cinta sama jejaka Melaka(negeri hat femes ngn cencalok)..  :P

9 Februari 2012

AKU NAK SANGAT TUTUP AURAT DGN SEMPURNA...TAPI.....

Assalamualaikum.. ok..ari ni nak share satu cerita yg sangat memberi teladan terutama untuk kaum HAWA.. dapat dari fb.. menda baik kan.. elok kita kongsi2 kan.. ~sharing is caring~ (^_^)


Kawan A : Pernah tak kau terfikir satu perkara?

Kawan B : Mende??

Kawan A : Hmm.. aku ni dah la tak sempurna tutup aurat.. 

Kawan B : Ko jangan cakap camtu. Aku pun..

Kawan A : Aku kadang-kadang pakai baju tangan pendek. Tudung pakai camtu-camtu je. Tak pakai anak tudung.. Tak pakai stokin. Ak risau la..

Kawan B : Kiranya kau nak cakap yang kau dah tak selesa la erk bila pakai camtu??

Kawan A : Hmm.. Aku tingin nak berubah sebenarnya.. Tapi.. aku risau orang tak leh nak tima perubahan aku nanti. Ko tau kan geng kita tu camne.. Fashionable.. 

Kawan B : Bagi aku, kalo ko betol-betol nak berubah go ahead. Aku faham apa yang kau cakap tu. Memang dah tanggungjawab kita kan tutp aurat. Tapi, kau dulu la berubah. Aku tak dapat hidayah lagi. Tak sampai seru orang cakap.

Kawan A : Aku bukan nak bagi ceramah dekat ko.. Tapi, aku pernah tepikir camni tau. Konon-kononkan kita pegi jalan-jalan kat mall mane-mane la kan, dalam keadaan kita tak tutup aurat. Nak dijadikan cita, sampai sudah ajal kita time tu. Kita maybe accident or mati dengan tiba-tiba. Aku takut aku tak sempat nak mengucap and mati dalam keadaan macam ni, dalam keadaan tak tutup aurat. Sebab aritu aku ada baca kat fb, ustaz mane tah cakap, "perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat , rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian ."
(Riwayat Muslim)

Kawan B : Amboi ko, sekali ngan hadis kau kasik erk.

Kawan A : Aku cuma nak bagi evidence je. Kau jangan salah faham pulak. Hmm.. Kalo nak tunggu hidayah, memamg takkan datang free-free. Kita kena carik hidayah tu. Aku rasa kita kena berubah sekarang.

Kawan B : Diam..

Kawan A : Aku takut hidayah atau pun apa yang aku dan kau rasa sekarang ni, cuma datang sekali saja. Rugilah kita kalo tak sambut seruan Allah ni. ="(

Kawan B : Aku pun rasa camtu gak. Tapi, aku tak tau nak start camne.

Kawan A : Apa kata kita start dengan stop pakai baju tangan pendek, seluar ketat.. Then, kita cuba pakai tudung yang tak jarang and menutup dada. Pastu kita biasakan diri dengan pakai stokin pulak. Amacam??

Kawan B : Okey jugak cadangan kau tu.. Aku setuju. InsyaAllah. Mudah-mudahan kita mampu berubah menjadi yang lebih elok. Amin.

Kawan A : (Tersenyum) InsyaAllah. Kalo kita tolong agama Allah, Allah akan tolong kita.. Amin. Permudahkanlah kami Ya Allah.. Jangan sampai kami tak berubah kerana mencari redha manusia.


P/s : Kepada yang ada terdetik di hati untuk lebih menjaga diri dan menutup aurat selengkapnya, lakukanlah perubahan tersebut. Ingat. bukan redha manusia yang kita cari. Bukan manusia tu yang akan bagi kita masuk syurga atau neraka. 

Tabahkan hati. Mohon lah pada Ilahi. InsyaAllah, Allah Maha Mengetahui. Sapa yang betol-betol berkeinginan, InsyaAllah Allah akan tolong. Percayalah.. moga Allah redha. 

"perempuan yang memelihara auratnya memang awesomeee !" 

sy tegur anda kerna saya sayang anda dan saya mahu kita semua masuk ke syurgaNya yang mengalir di bawahnya sungai - sungai yang mendamaikan jiwa. ^^



-copy from fb-


NOTAKAKI: JANGAN TAKOT DENGAN KUTUKAN ATAU PERLIAN ORANG KALAU NAK BERUBAH.. ALLAH MAHA MENERIMA TAUBAT..

7 Februari 2012

Kisah Anak Muridku di Sekolah Cina


Assalamualaikum semua & selamat hari hari.. (^_^)

ehh! ada ke orang ucap selamat hari2?haha..tak pe..ceq x kesah..
hurmmm..tetiba hatiku merindui pada anak2 muridku..*cewaahh..ayat nk glem je kan.. 

ye! memang teringat ingat pada anak2 murid di SJKC YUK HWA tu.. memang diakui tersangat la berat dugaan untuk mengajar Bahasa Melayu pada anak2 yang berbangsa Cina..tambah2 pulak kehidupan sekitar mereka hanya ada sedikit ja kelompok org Melayu..jadi, peratusan utk mereka mahir bertutur dlm Bahasa Melayu memang tipis la..opsss awat ayat jadik skema nih?huhu~

orait..sebenarnya salah satu benda yang membuatkan ceq teringat pada mereka2 ni adalah.. LUKISAN.. mesti pelik kan..apa kaitan dengan lukisan? mengajar subjek Pend.Seni ke? eh..tak tak.. ceq ajar BM tahun 3,4,5 ngn 6.. pastu ajar PJK tahun 1..klau hari Rabu,hari KOKO tu, ceq kena mengajaq BOLA KERANJANG..hahahaha..apa tak siuman nye suh ngajaq bdk2 tu bola keranjang..klau stakat bola jaring ka,bola tampar ka,bola baling ka..no hal la..nih bola keranjang!aigoooo..jadi mata keranjang la jawabnya..hoho~

owh..ok ok..berbalik kpd ceghita LUKISAN tadi.. masa mengajar kt sekolah cina ni, memang la bosan jgk..mana tak nye..ceq sorang ja cikgu Melayu..sorang ja okeh..yg len smuanya berbangsa Cina..msa org tgh rehat2..i ni nganga je la..nk mkn kt kantin..kantin nye tukang masak cina..so paham2 la..tetba ada sorg pelajar perempuan datang bawak buku yg utk lukisan tu, mintak tolong lukiskan gmbar..temanya permainan tradisional.. student yg datang mtk tolong ni mmg rapat ngn ceq..n bdk pandai d sekolah tu..masa tu dah blur..siap cakap dlm hati..*ehh budak ni, aku mana pandai lukis pon..apa nak buat nih? hadoiii~

ok..pastu dgn confident nya trus ckp kt bdk tu, "Ok,cikgu tolong ye..esok cikgu bagi balik buku kamu ni"..syok muka budak tu bila cikgu dia ni ckp camtu.. esok tu, bagi la balik buku dia pas dh siap lukis smua..mulai hari tu la. hidup ceq betambah busy..sebab apa?? haaaa..lepas tu..ramai lak yg bagi kertas. buku biodata n macam2 nak suruh Cikgu Siti lukis.. tiap2 hari ada ja..dalam 10-15 buku tiap hari..ko bayangkan la...letih sesangat! siap mtk biodata, nombor fon smua la.. ada gk yg mintak fb i..no no no..tak leh la..u alls smua bwh umo lg..t dh besar..cikgu bg k..hahaha~ 

disebabkan permintaan anak2 murid suh lukis mcm2 ni..cikgu2 lain dah mula perasan apa yang aku buat..ada sorang cikgu ni tegur haku..

cikgu A: haiyyaa cikgu siti..hari2 saya tengok u asik lukis saja..u tadak penat ka?*baca dgn gaya org cina cakap..hehe*

saya: ishh..mesti la penat..macam2 pulak depa ni suruh lukis..

cikgu A: tapi u nampak macam seronok saja..

saya: tak da la cikgu..saya penat..tapi buat2 seronok saja.. kesian sama itu murid2 saya..hehee *ak gelak terpaksa masa ni*huhu~


cikgu A: *sambil gelak2 kt aku* ..bagus la u.. kalau i la..malas mau layan ar sama itu budak2..


saya: *senyum tak perlu kata apa2* (^_^)


haa tengok! ada yang bagi buku latihan petak2 suh lukis..

buruk btoi lukisan! hahahahaha~ sian anak murid i..

dah abeh idea nak lukis apa..smua tema dah lukis...huhu~

nih kena lukis cover buku bdk ni..pecaya btoi konon cikgu siti dia ni pandai lukis..
haa! amik kau..lagi buruk cover buku dia...kihkihkih~




notakakitangan:: ada lagi cita pasal diorag nih..sambung lain kali ok..daaa~






kena tengok..