tinggalkan link anda.. tq :)

5 April 2011

Surah2 Mujarab Amalan Nabi Muhammad s.a.w.



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

كيف حالكم جميعا؟؟

(^_~)

pekabo smua??
kali ni kita ke segmen ilmiah plak ye..
kna seimbangkan duniawi & ukhrawi..

tapi kwn2 kna ingat..

bla d tnya brpa pratus kita kna letak hal duniawi??
dan brpa pratus plak letaknya ukhrawi??

*kita x bleh jwb dgn mudah dgn peratusan*
sbb nya..bla SEMUA pkara di dunia ni kita bt smata2 krn Allah dan mengingati ukhrawi..InsyaAllah kita akn mndapat rahmat dan keberkatan dr Allah s.w.t..

kwn2..jom sesama kita muhasabah diri..
brapa kali sehari kita baca Al-Qur'an??
adakah setiap kali selesai solat kita amalkan?
ataupun langsung x baca?
just tunggu bln Ramadhan?

*kita check diri msing2 ye..*

okeh..selesai set induksi 5 minit.... (^_~)

Moh kita baca antara 9 surah amalan Rasulullah bt pedoman umatNya..


== No.1==
Surah Al-Fatihah
*amalkan surah ini ekspeseli smasa nk tdo diikuti dgn Surah Al-Ikhlas 3x, Surah Al-Falaq & Surah An-Nas. InsyaAllah akn tenteram dr gangguan syaitan. Utk mencegah kemarahan Allah,baca surah ni sebanyak 17 kali sehari iaitu dgn mngerjakn solat 5 waktu.*


== No.2==
Surah Al-Khauthar
*sesiapa yg amalkn baca surah ni sebanyak 1000kali, maka Allah akn memakbulkn hajatnya trmasuk rezeki & naik pangkat.tp betulkn niat lillahhi taala..bkn utk harta dunia..krn smua tu anugerah dr Allah..n sapa2 yg amalkn surah ni dgn mmbaca 1000kali selepas solat Isyak sehingga tertidur, InsyaAllah dia akn dpt melihat Rasulullah dlm tidurnya..InsyaAllah..dgn izin Allah s.w.t..*


== No.3==
Surah Al-Falaq
Siti Aisyah menerangkan bahawa: "Rasullullah s.a.w. pd setiap mlm apabila hendak tidur,Baginda mmbaca surah Al-Ikhlas,Surah Al-Falaq dan Surah An-nas lalu ditiupkan pd kedua tapak tangan,kemudian disapukan ke seluruh tubuh dan kepala."
brgsiapa trkena penyakit kerana prbuatan syaitan atau manusia,hendaklah mmbaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut.


 == No.4==
Surah Yassin
Telah bersabda Rasulullah s.a.w. "Sesungguhnya bg stp sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur'an itu adalah Surah Yassin (jantung Al-Qur'an). Sesiapa yg mmbaca Surah Yassin nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai 10 kali membaca Al-Qur'an.


 == No.5==
Surah Al-Waqi'ah
Menurut beberapa hadith Rasulullah, mereka yg mengamalkan membaca surah ini pd tiap2 malam,InsyaAllah tidak akan merasai kepapaan.Mereka yg mmbacanya sebagai wirid,InsyaAllah akan beroleh kesenangan, Mereka yg mmbaca sebanyak 14 kali setiap selepas solat Asar, insyaAllah akan dikurniakan rezeki yg banyak.



 == No.6==
Surah Al-Ikhlas
Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan: "Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas ertinya bersih atau lepas. maka barangsiapa yg mmbaca dan mengamalkannya dgn hati yg ikhlas,maka ia akan dilepaskan dr kesusahan duniawi,dimudahkan di dlm gelombang sakaratul maut, dihindarkan dr kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat".



 == No.7==
Surah Al-Khaafiruun
Sesiapa yg mmbaca surah ni, maka bandingannya spt membaca satu per empat Al-Qur'an. di samping terlepas dr syirik, terjauh dr godaan syaitan dan terlepas dr peristiwa yg mengejutkan (Riwayat At-Tirmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dlm iman serta mmbersihkan kotoran dlm diri kita.



 == No.8==
Surah Ad-Dhuha
Dibaca sekali pd mlm Jumaat agar terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.



 == No.9==
Surah Al-Mulk
Menurut beberapa hadith Rasulullah, mereka yg mengamalkn surah ini, akan mndapat syafaat dan keampunan dosa2 nya. Mereka yg mmbacanya pd setiap malam, InsyaAllah akan terselamat dari azab kubur.





p/s: Rajin2 kan diri kita membaca Al-Qur'an..sbb nya terlalu banyak hikmah dan kelebihan di dunia dan akhirat jika kita jadikan Al-Qur'an sebagai amalan dan pedoman hidup kita.



1 ulasan:

  1. assalam...bagus amalan2 nie...hurm2.saye byk lg x amalkan...sedih2.lepas nie nk kena slow2 laa amalkan...yg penting berterusan amalan kite tuu kn?nk kena didik balik...

    BalasPadam

Surat cinta

kena tengok..